(Malaikat pula menegaskan pendirian mereka dengan berkata): Dan tiada sesiapapun dari kalangan kami melainkan ada baginya darjat kedudukan yang tertentu (dalam menyempurnakan tugasnya);
37:165
وَّ اِنَّا لَنَحْنُ الصَّآفُّوْنَۚ (۱۶۵)
Dan sesungguhnya kamilah yang sentiasa berbaris (menjunjung perintah dan beribadat),
37:166
وَ اِنَّا لَنَحْنُ الْمُسَبِّحُوْنَ(۱۶۶)
Dan sesungguhnya kamilah yang sentiasa bertasbih (mensucikan Allah dari sebarang sifat kekurangan)!
37:167
وَ اِنْ كَانُوْا لَیَقُوْلُوْنَۙ(۱۶۷)
Dan sebenarnya mereka (yang musyrik) itu dahulu pernah berkata:
Kerana apabila azab itu turun dalam daerah dan kawasan mereka, sudah tentu buruklah hari orang-orang yang tidak mengindahkan amaran yang telah diberikan.
37:178
وَ تَوَلَّ عَنْهُمْ حَتّٰى حِیْنٍۙ(۱۷۸)
Dan berpalinglah (wahai Muhammad) dari mereka, (jangan hiraukan celaan mereka serta bersabarlah) hingga ke suatu masa.
37:179
وَّ اَبْصِرْ فَسَوْفَ یُبْصِرُوْنَ(۱۷۹)
Dan lihatlah (apa yang akan jadi); tidak lama kemudian, mereka pun akan melihat juga.