READ

Surah al-Infitar

اَلْاِنْفِطَار
19 Ayaat    مکیۃ


82:0
بِسْمِ اللّٰهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِیْمِ
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
82:1
اِذَا السَّمَآءُ انْفَطَرَتْۙ(۱)
Apabila langit terbelah;
82:2
وَ اِذَا الْكَوَاكِبُ انْتَثَرَتْۙ(۲)
Dan apabila bintang-bintang gugur bertaburan;
82:3
وَ اِذَا الْبِحَارُ فُجِّرَتْۙ(۳)
Dan apabila lautan pecah bercampur-baur;
82:4
وَ اِذَا الْقُبُوْرُ بُعْثِرَتْۙ(۴)
Dan apabila kubur-kubur dibongkarkan;
82:5
عَلِمَتْ نَفْسٌ مَّا قَدَّمَتْ وَ اَخَّرَتْؕ(۵)
(Setelah semuanya itu berlaku), tiap-tiap orang akan mengetahui apa yang telah dikerjakan dan ditinggalkannya.
82:6
یٰۤاَیُّهَا الْاِنْسَانُ مَا غَرَّكَ بِرَبِّكَ الْكَرِیْمِۙ(۶)
Wahai manusia! Apakah yang memperdayakanmu (berlaku derhaka) kepada Tuhanmu Yang Maha. Pemurah?
82:7
الَّذِیْ خَلَقَكَ فَسَوّٰىكَ فَعَدَلَكَۙ(۷)
Tuhan yang telah mencipta dan mengatur kejadianmu, lalu menjadikan anggotamu sesuai (dengan tujuan yang kerananya anggota itu diadakan), serta menjadikan (binaan tubuh badanmu) sama padan dengan kekuatannya;
82:8
فِیْۤ اَیِّ صُوْرَةٍ مَّا شَآءَ رَكَّبَكَؕ(۸)
Dalam bentuk dan rupa apa sahaja yang dikehendakiNya, Dia menyusun kejadianmu.
82:9
كَلَّا بَلْ تُكَذِّبُوْنَ بِالدِّیْنِۙ(۹)
Sebenarnya tidak ada yang memperdayakan kamu (hai golongan yang ingkar)! Bahkan kamu sendiri tidak percayakan adanya hari pembalasan.
82:10
وَ اِنَّ عَلَیْكُمْ لَحٰفِظِیْنَۙ(۱۰)
Padahal sesungguhnya, ada malaikat-malaikat yang menjaga dan mengawas segala bawaan kamu,
82:11
كِرَامًا كَاتِبِیْنَۙ(۱۱)
(Mereka adalah makhluk) yang mulia (di sisi Allah), lagi ditugaskan menulis (amal-amal kamu);
82:12
یَعْلَمُوْنَ مَا تَفْعَلُوْنَ(۱۲)
Mereka mengetahui apa yang kamu lakukan.
82:13
اِنَّ الْاَبْرَارَ لَفِیْ نَعِیْمٍۚ(۱۳)
(Gunanya catitan malaikat-malaikat itu ialah: Untuk menyatakan siapa yang berbakti dan siapa yang bersalah) kerana sesungguhnya: Orang-orang yang berbakti (dengan taat dan amal kebajikan), tetap berada dalam Syurga yang penuh nikmat;
82:14
وَ اِنَّ الْفُجَّارَ لَفِیْ جَحِیْمٍۚۖ(۱۴)
Dan sesungguhnya orang-orang yang bersalah, bertempat dalam Neraka yang menjulang-julang.
82:15
یَّصْلَوْنَهَا یَوْمَ الدِّیْنِ(۱۵)
Mereka menderita bakaran Neraka itu pada hari pembalasan,
82:16
وَ مَا هُمْ عَنْهَا بِغَآىٕبِیْنَؕ(۱۶)
Dan mereka (sentiasa berada dalam azab seksanya), tidak ghaib daripadanya.
82:17
وَ مَاۤ اَدْرٰىكَ مَا یَوْمُ الدِّیْنِۙ(۱۷)
Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui kedahsyatan hari pembalasan itu?
82:18
ثُمَّ مَاۤ اَدْرٰىكَ مَا یَوْمُ الدِّیْنِؕ(۱۸)
Sekali lagi, apa jalannya engkau dapat mengetahui kedahsyatan hari pembalasan itu?
82:19
یَوْمَ لَا تَمْلِكُ نَفْسٌ لِّنَفْسٍ شَیْــٴًـاؕ-وَ الْاَمْرُ یَوْمَىٕذٍ لِّلّٰهِ۠(۱۹)
(Hari itu ialah) hari seseorang tidak dapat memberikan pertolongan sedikitpun kepada orang lain dan segala urusan pada hari itu tertentu bagi Allah.
  FONT
  THEME
  TRANSLATION
  • English | Ahmed Ali
  • Urdu | Ahmed Raza Khan
  • Turkish | Ali-Bulaç
  • German | Bubenheim Elyas
  • Chinese | Chineese
  • Spanish | Cortes
  • Dutch | Dutch
  • Portuguese | El-Hayek
  • English | English
  • Urdu | Fateh Muhammad Jalandhry
  • French | French
  • Hausa | Hausa
  • Indonesian | Indonesian-Bahasa
  • Italian | Italian
  • Korean | Korean
  • Malay | Malay
  • Russian | Russian
  • Tamil | Tamil
  • Thai | Thai
  • Farsi | مکارم شیرازی
  TAFSEER
  • العربية | التفسير الميسر
  • العربية | تفسير الجلالين
  • العربية | تفسير السعدي
  • العربية | تفسير ابن كثير
  • العربية | تفسير الوسيط لطنطاوي
  • العربية | تفسير البغوي
  • العربية | تفسير القرطبي
  • العربية | تفسير الطبري
  • English | Arberry
  • English | Yusuf Ali
  • Dutch | Keyzer
  • Dutch | Leemhuis
  • Dutch | Siregar
  • Urdu | Sirat ul Jinan
  HELP

اَلْاِنْفِطَار
اَلْاِنْفِطَار
  00:00



Download

اَلْاِنْفِطَار
اَلْاِنْفِطَار
  00:00



Download