READ

Surah al-Ghashiya

اَلْغَاشِيَة
26 Ayaat    مکیۃ


88:0
بِسْمِ اللّٰهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِیْمِ
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
88:1
هَلْ اَتٰىكَ حَدِیْثُ الْغَاشِیَةِؕ(۱)
Sudahkah sampai kepadamu (wahai Muhammad) perihal hari kiamat yang huru-haranya meliputi?
88:2
وُجُوْهٌ یَّوْمَىٕذٍ خَاشِعَةٌۙ(۲)
Muka (orang-orang yang kafir) pada hari itu tunduk kerana merasa hina,
88:3
عَامِلَةٌ نَّاصِبَةٌۙ(۳)
Mereka menjalankan kerja yang berat lagi berpenat lelah,
88:4
تَصْلٰى نَارًا حَامِیَةًۙ(۴)
Mereka tetap menderita bakaran Neraka yang amat panas (membakar), -
88:5
تُسْقٰى مِنْ عَیْنٍ اٰنِیَةٍؕ(۵)
Mereka diberi minum dari mata air yang menggelegak panasnya.
88:6
لَیْسَ لَهُمْ طَعَامٌ اِلَّا مِنْ ضَرِیْعٍۙ(۶)
Tiada makanan bagi mereka (di situ) selain dari pokok-pokok yang berduri,
88:7
لَّا یُسْمِنُ وَ لَا یُغْنِیْ مِنْ جُوْ عٍؕ(۷)
Yang tidak menggemukkan dan tidak pula dapat menghilangkan sedikit kelaparan pun.
88:8
وُجُوْهٌ یَّوْمَىٕذٍ نَّاعِمَةٌۙ(۸)
(Sebaliknya) muka (orang-orang yang beriman) pada hari itu berseri-seri,
88:9
لِّسَعْیِهَا رَاضِیَةٌۙ(۹)
Berpuas hati dengan balasan amal usahanya (yang baik yang telah dikerjakannya di dunia), -
88:10
فِیْ جَنَّةٍ عَالِیَةٍۙ(۱۰)
(Mereka tinggal menetap) di dalam Syurga tinggi (tempat kedudukannya darjatnya),
88:11
لَّا تَسْمَعُ فِیْهَا لَاغِیَةًؕ(۱۱)
Mereka tidak mendengar di situ sebarang perkataan yang sia-sia,
88:12
فِیْهَا عَیْنٌ جَارِیَةٌۘ(۱۲)
Di dalam Syurga itu ada mata air yang mengalir,
88:13
فِیْهَا سُرُرٌ مَّرْفُوْعَةٌۙ(۱۳)
Di situ juga ada pelamin-pelamin (berhias) yang tinggi (tempatnya),
88:14
وَّ اَكْوَابٌ مَّوْضُوْعَةٌۙ(۱۴)
Dan piala-piala minuman yang disediakan (untuk mereka),
88:15
وَّ نَمَارِقُ مَصْفُوْفَةٌۙ(۱۵)
Dan bantal-bantal yang teratur (untuk mereka berbaring atau bersandar),
88:16
وَّ زَرَابِیُّ مَبْثُوْثَةٌؕ(۱۶)
Serta hamparan-hamparan yang terbentang.
88:17
اَفَلَا یَنْظُرُوْنَ اِلَى الْاِبِلِ كَیْفَ خُلِقَتْٙ(۱۷)
(Mengapa mereka yang kafir masih mengingkari akhirat) tidakkah mereka memperhatikan keadaan unta bagaimana ia diciptakan?
88:18
وَ اِلَى السَّمَآءِ كَیْفَ رُفِعَتْٙ(۱۸)
Dan keadaan langit bagaimana ia ditinggikan binaannya.?
88:19
وَ اِلَى الْجِبَالِ كَیْفَ نُصِبَتْٙ(۱۹)
Dan keadaan gunung-ganang bagaimana ia ditegakkan?
88:20
وَ اِلَى الْاَرْضِ كَیْفَ سُطِحَتْ(۲۰)
Dan keadaan bumi bagaimana ia dihamparkan?
88:21
فَذَكِّرْ۫ؕ-اِنَّمَاۤ اَنْتَ مُذَكِّرٌؕ(۲۱)
Oleh itu berikanlah sahaja peringatan (wahai Muhammad, kepada manusia dan janganlah berdukacita kiranya ada yang menolaknya), kerana sesungguhnya engkau hanyalah seorang Rasul pemberi ingatan;
88:22
لَسْتَ عَلَیْهِمْ بِمُصَۜیْطِرٍۙ(۲۲)
Bukanlah engkau seorang yang berkuasa memaksa mereka (menerima ajaran Islam yang engkau sampaikan itu).
88:23
اِلَّا مَنْ تَوَلّٰى وَ كَفَرَۙ(۲۳)
Akan tetapi sesiapa yang berpaling (dari kebenaran) serta dia kufur ingkar;
88:24
فَیُعَذِّبُهُ اللّٰهُ الْعَذَابَ الْاَكْبَرَؕ(۲۴)
Maka Allah akan menyeksanya dengan azab seksa yang sebesar-besarnya.
88:25
اِنَّ اِلَیْنَاۤ اِیَابَهُمْۙ(۲۵)
Sesungguhnya kepada Kamilah kembalinya mereka,
88:26
ثُمَّ اِنَّ عَلَیْنَا حِسَابَهُمْ۠(۲۶)
Selain dari itu, sesungguhnya tanggungan Kamilah soal menghitung amal mereka.
  FONT
  THEME
  TRANSLATION
  • English | Ahmed Ali
  • Urdu | Ahmed Raza Khan
  • Turkish | Ali-Bulaç
  • German | Bubenheim Elyas
  • Chinese | Chineese
  • Spanish | Cortes
  • Dutch | Dutch
  • Portuguese | El-Hayek
  • English | English
  • Urdu | Fateh Muhammad Jalandhry
  • French | French
  • Hausa | Hausa
  • Indonesian | Indonesian-Bahasa
  • Italian | Italian
  • Korean | Korean
  • Malay | Malay
  • Russian | Russian
  • Tamil | Tamil
  • Thai | Thai
  • Farsi | مکارم شیرازی
  TAFSEER
  • العربية | التفسير الميسر
  • العربية | تفسير الجلالين
  • العربية | تفسير السعدي
  • العربية | تفسير ابن كثير
  • العربية | تفسير الوسيط لطنطاوي
  • العربية | تفسير البغوي
  • العربية | تفسير القرطبي
  • العربية | تفسير الطبري
  • English | Arberry
  • English | Yusuf Ali
  • Dutch | Keyzer
  • Dutch | Leemhuis
  • Dutch | Siregar
  • Urdu | Sirat ul Jinan
  HELP

اَلْغَاشِيَة
اَلْغَاشِيَة
  00:00



Download

اَلْغَاشِيَة
اَلْغَاشِيَة
  00:00



Download